yAnG AmaT bErHoRmAt

Thursday, December 6, 2012

part time bake chocolate muffin hot from oven!

dah masuk hujung tahun baru aku berjinak-jinak nak merepek kat blog ni..aku bukanlah full time blogger and actually aku lebih fokuskan pada study,assignment,test,quizes and all almaklumlah perkara biasa je tu hihi..so alhamdulillah n insyaALLAH nie last semester aku selama 3 tahun kat situ nun jauh disana..dah time cuti-cuti nie aku pun mula lah google cari resepi yang simple n sedap untuk main masak-masak hihi dulu kecik-kecik selalu main masak daun je ape kelas jahh..udah ler jom tengok nih

Bahan-bahan 

  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula(aku kurangkan sikit takut manis 150gm)
  • 150gm coklat cip
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak(nak gantikan ngan butter pun boleh)
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla 
 

 Cara-cara

  1. gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk. 
  2. gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka kalau korang nak boleh isi dalam tu coklat vanhouten lagi sedap kalau cairkat dalam tu bakar selama 20min dalam suhu 180
 
resepi tuh aku amek dalam google ala-ala resepi nigella bites for sure memang sedap korang boleh cuba buat nanti tak susah mane pun.aku buat pun sebab dah ade bahan-bahan so terus buat je sebab taknak buang bahan-bahan yang ada tu baik dimanfaatkan..
 
taraaa dah siap muffin yang aku buat

Thursday, February 23, 2012

keep blogging untuk tahun ni

wehuuu..dah berapa bulan tak berblog since last update pasal cik tyra tengah practical kan heheheheh
sekarang ni baru dapat semangat nak berblog bila ade supporter dari blogger2 lain thanx yerr...korang sweet lah... ^_^ ermmm...mesti dah tak ramai yang nak singgah belog cik tyra ni since dah tak update selalu...tapi aku nak story ckit ar kat korang alhamdulillah practical aku semester lepas dah habis then aku pun dah kene interview dengan lecturer...a lots of thing kena prepare time interview tu yeahh agak cuak jugak tapi ku hadapi dengan senyuman cewahhh hehehe..

so now aku dah jadi student semester 5 who00t!!who0ot!! giler kentang rasa macam semalam jer aku masuk daftar semester 1..ermm tinggal 6 bulan lagi aku nak menghabiskan study aku kat sana means end of this year aku habis InsyaALLAH kalau tak ade aral melintang hihi..takut jugak niy actually semester ni aku kene ready dengan final projek untuk last semester iaitu semester 6 lah cehh poyo ayat aku kan...emm and Alhamdulillah jugak group presentation for the project tu dah pun lulus dengan jayanya means dah dapat lampu hijau yeahhh...pasni dah kene start buat projek sikit-sikit korang tak nak tau ke projek ape yang aku buat kalau nak tau korang kene komen dulu entry ni nak tengok ade tak orang bace entry nih hihiii...

notakaki::aku ngidam tutti frutti nyumm nyumm belanja I plishhh ehh bawah ni terselit pic admin 
admin nak masuk lab nie ^_^



Wednesday, July 27, 2011

belog akan ditutup!!

omg!!lama giler aku tak updated entry kat belog nih sorry morry la kat korang yang selalu skodeng belog aku nih even tade entry yang fresh dan baru haha...actually aku sekarang dah semester 4 so kena practical...kerja kerja kerja adoiyaiiii...so sebab tu ar aku dah jarang nak update kat sini selalu aku sempat on9 fesbuk jer..now dah tade masa nak tulis ape-ape kat sini sorry ye kat pembaca setia...lately ni penat giler kerja almaklumlah sekarang aku dah bertukar jadi gadis kilang haha bukan gadis engineering dah :P...aku sekarang praktikal kat kilang sony training technician jer...so kerja aku asyik merepair MP4...ermm niat di hati nak je aku amek MP4 tu free2 dah ar mahal kat malaysia tak jual kot tapi sayang ade camera dok gerak-gerak kat atas hehe...so dapat repair n pegang je la...kalau dah tade keje sangat aku g la melayan operator kat situ cakap vietnam haha langsung x paham ermm da la nanti aku sambung citer nak buat report dulu

p/s belog ni tak tutup lagi cuma tak update untuk sementara waktu

Friday, June 17, 2011

mereka emosional

salam semua lama betol aku tak update...bukan ape saje tak nak update lagi busy sangat so kadang-kadang tu cuma tengok aje yang mampu hehe..lately ni banyak terima order yan'z homemade apam polkadot...so tajuk entri aku ni berlainan sikit dari yang sebelum ni..saje nak kasi gempak!!!



  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar.
  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap dibelakang. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  • Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu @ potong stim.
  • Jika seseorang sedang bercakap di depan orang yang sedang sakit perkara sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi semangat dan harapan.
  • Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya. Faham-faham lah.
  • Jangan bercakap secara berkumam mulut (makanan masih ada dalam mulut)
  • Jangan bercakap mengenai orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang. Senang ceritalah mengumpat, mengata @ menceritakan hal.
  • Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Paling-paling tidak pangillah Pak Cik, Uncle, Encik dll.
  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukainya.
  • Jangan bercakap tentang sesuatu anda sendiri yang tak pasti.
  • Jika bercakap, berilah kepada orang lain bercakap pula, maka giliran kita menjadi pendengar setia.
  • Jika boleh ketika bercakap jangan 'meneran' atau mengayakan mimik muka seperti dalam lakonan. Biarlah percakapan itu bersahaja.
  • Jangan terlalu beremosi ketika bercakap. Contohnya; membulatkan mata, menghentak meja dll.
  • Jangan bercakap secara meniru gaya orang Inggerris, India, China dsb.
  • Jangan sesekali bercakap mengenai perkara lucah atau 18SGX didepan wanita.
  • Jangan sesekali berbisik berdua apabila berada dihadapan ramai orang. 


    kadang-kadang aku tengok manusia zaman sekarang ni suka cakap guna emosi sampaikan kita sendiri tak sedar yang kita ni sedang bercakap dengan sapa???!!come on la weii cakap sampai nak emosional ni tak guna okayyy...nampak sangat kita ni bercakap tak rasional langsung...satu lagi tips penting untuk korang...kalau nak cakap ape pun biarlah berfakta bukan nya sekadar auta semata-mata!!ingat ye kawan-kawan alamak macam upin dan ipin haha...bagi aku lah kan aku ni nampak slow dan pendiam tapi skali orang tunding jari kat aku siaplah 4 hari 4 malam korang makan nasi guna straw hey,aku pun ada hati dan perasaan jugak sekali aku buka mulut korang dah tak boleh nak stop aku bercakap...ayat aku mungkin lebih pedas dari ape yang korang takkan expect tapi ayat berlapik dan penuh dengan sindiran....dengan nada yang begitu rilex skali ha!!orang pun mesti sakit hati kan sebab cakap macam takder perasaan amek la kau

Friday, June 10, 2011

4 bintang untuk KL gangster!!!

 
 
ha!!!guabaru jer balik dari tengok wayang ngan family tadi...biasalah tengah cuti semester ni tu lah masa gua nak ikut semua movie yang baru kuar kat pawagam...selalu ari jumaat la gua tengok alaaa terlepas sehari je pun tapi citer tu masih panas macam pisang goreng...semalam member gua dah g tengok katanya tiket habis dijual giler!!!nak beli tiket beratur panjang kot...ada sorang lagi member nak beli tiket tapi dah habis dijual...hukalohh kesiannnye,nasib baik arini gua sempat jugak nak p tengok walaupun dah nak full dah tempat duduk..so terpaksa kiteorg duduk seat depan..gara-gara KL gengster!!haha..nampaknya tak rugi gua nk tengok walaupun duduk seat depan lenguh kepala pun kira okay puas kot...memang tak dinafikan filem KL gangster terbaikkkk!!!sebab tu aku kasi 4 BINTANG...dalam filem tu banyak menunjukkan aksi lawan pastu ada plak zizan raja lawak lagi lah gua rasa superb dia nih nak gangster tapi kecut perot penakut haha menggelar diri abg long fadil...tak boleh blah satu lagi syamsul yusof pandai ambik pelakon-pelakon yang muka macam gangster so memang nampak citer tu real..dialog dalam citer tu pun terbaik super duper rugilah kalau korang tak g tengok...seriously best gua jamin korang takkan frust ni barulah betol-betol gengster sebab takder tunjuk sangat gengster yang jenis bawak pompuan seksi...
 

so gua nak cakap kat sini pegi la tengok & sokonglah filem melayu!!!sekarang gua tak kira lu ayahanda ka lu abang long ka ini BLOG gua pegang HAHAHAH!!gelak jahat sket 


p/s:tersasul cakap gua plak saje terikut-ikut tengok tadi tapi untuk entri ni jer

blogger newbie wajib baca

afternoon guys..!!baru tinggal blog ni beberapa hari dah bersarang labah-labah adehh...meh sini meh takkan korang nak tengok saje tolong la cuci blog aku...hihi!!sebenornye aku nih banyak nak share out tips2 nak blogging..nak buat blog,tutorial blog huh!!tapi ambil masa yang lama untuk buat semua tu dalam satu masa..aku pun mula-mula buat blog saje je suke-suke nak menekan keyboard laptop nii..pastu makin lama aku pun explore camne nak kasi blog ni superb sikit..banyak benda gak kita nak tau selok belok blog ni

lately ni banyak blogger-blogger baru kan...dalam facebook ramai yang tanye aku camner nak buat itu ini semuanye pasal blog haha!!tengok berapa kuatnya blog ni sampai ramai yang dah terjebak dengannya..ada yang tanya aku camner nak buat title blog yang boleh gerak-gerak,camner nak letak widget comel-comel tu,rase macam aku perlu buat satu tutorial dalam blog ni kan??yang beginner lagi lah susah nak ajar tapi aku akan try juga kasi dorang faham camner nak create blog...ilmu yang aku ade ni bukan lah banyak sangat dan aku pun newbie so yang mane aku tau aku tolong...kalau nak tips berblogging pun aku leh share ngan korang just tanye aku je..insyaALLAH aku boleh tolong jangan risau ye...korang HARUS!!explore sendiri dulu kalau dah tak tau sangat bole tanye