saje nak share2 ngan korang sebelum tiba final exam nanti..yela kan sekarang tengah study week so mase ni la nak study pun... ade student yang balik dan ade yang tak balik so sape yang tak balik tu 4 sure boleh study berbanding yang balik kampung tu percayalah,kalau dah balik confirm tak bace buku tak buat ulangkaji semua betol tak??
Persediaan Fizikal / Intelektual
1. Mula belek-belek buku masa start studi week.
Jujur saya katakan, amat jarang saya mengulangkaji pelajaran melainkan bila nak test atau bila perlu siapkan tutorial / assignment. Kalau ditakdirkan takde bende alah tadi memang tak stadi la. Kebetulan sem ni banyak pulak assignment, so rajinlah sikit buka buku. Terima kasih assignment!
Kebiasaannya bila nak habis study week baru orang nak start study. Tapi saya terpaksa mulakan seawal mungkin sebab saya tak berapa nak pick up sangat dalam pelajaran ni. Ambil masa nak faham sesuatu dan benda yang pernah belajar pun sampai lupa terus dari kotak ingatan. Bila tengok nota balik macam tak pernah belajar je. Tapi sebenarnya dah lupa dan kerana itulah saya mulakan sejak awal. Sehari minimum lebih kurang 4 jam diperuntukkan untuk study. Mana yang otai dan cepat pick up tu, belajar dua hari sebelum exam pun takpe.
2. Tidur awal
Nak kata awal pun tak juga. Adela dalam pukul 11 atau 12 malam. Tujuannya untuk bangun awal keesokan harinya. Bangun awal boleh stadi awal sikit. Kalau esok exam malam tidur lambat memang ting-tong la pagi esok. Saya tak berapa suka memaksa diri untuk tak tidur semata-mata nak study tengah malam sebab bila dah menguap komfem belajar tak masuk. Lebih baik tidur. Masa diploma dulu, kalau tak sempat study pun akan tidur macam biasa jugak. Siapa-siapa yang nak cepat tidur, sila baca nota korang. Komfem cepat lena. hehe..
3. Buat soalan final
Lepas habis satu bab yang dah diulangkaji, saya akan buat soalan final. Ada la dalam 5 atau 6 set soalan final yang saya cuba buat walaupun belum tentu apa jawapan sebenarnya. Jawapan nanti kena compare dengan member la sebab memang takde skema jawapan. Apa pun sekurang-kurangnya kita familiar dengan bentuk soalan yang ditanya.
4. Teori dihafal dua hari sebelum exam.
Subjek engineering banyak calculation. Tapi ada juga soalan teori yang ditanya dalam exam. Dek kerana ingatan yang tak berapa nak bagus, jadi saya tak ambil risiko untuk hafal teori awal-awal. Sehari dua sebelum exam baru mula menghafal. Faham dan hafal teori adalah dua perkara yang berbeza. Hafal ni lebih kepada untuk mengingat perkataan-perkataan dan struktur ayat yang bakal ditulis atas kertas nanti.
Persediaan Mental / Rohani
1. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta
Jangan terkejut jika ada yang sampai terlepas waktu solat kerana ulangkaji. Terlalu leka sampai ‘terlupa’. Patutnya lagi dekat dengan exam lagi rajin kita menambah ibadat. Dalam aspek spiritual ni, ikut kemampuan dan pendekatan masing-masing untuk melaksanakannya. Korang lagi hebat benda-benda macam ni. Mungkin yang muslimin boleh kerap ke surau untuk solat berjemaah. Berdoalah kepadaNya selepas kita puas berusaha dan Allah sangat pemurah dalam memperkenankan doa hambanya.
Tapi harus diingat, kita bukan sembah Allah ketika susah, nak sesuatu atau bila nak pekse. Perangai seperti ini jangan dipraktikkan kerana kita bertuhan bukannya bermusim tetapi sepanjang hayat. Jika ada perangai macam tu dalam diri, korang boleh imagine la samada Allah nak tolong atau tidak. Kalau boleh biarlah istiqamah walaupun amalannya sedikit dan jadikan amalan tersebut amalan yang bukan bermusim.
2. Relakskan diri
Manusia bukan robot untuk belajar tanpa henti. Bila sejam dah study (selalunya suka hati), saya akan bukak internet. Baca news, blogwalking sambil mengomen atau update blog sendiri. Bila meluahkan ekspresi diri sendiri tentang sesuatu dalam blog dan share dengan orang lain dapatlah kurangkan sikit stres dalam kepala ni. Sharing is Caring beb!
Hanya enam tips sahaja yang saya buat. Tak banyak tak sikit tapi sedang-sedang saja. Masing-masing ada cara tersendiri untuk mempersiapkan diri dalam mengahadapi exam. Pakar motivasi yang bagi tips pun hanya mampu memberi panduan sahaja dan terpulang kepada diri sendiri untuk melaksanakannya. Semua ada style sendiri. Kalau nak ikut alhamdulillah, tak nak ikut pun takde hal punya. Moga ianya bermanfaat.
Akhir sekali selamat berjuang diucapkan kepada semua yang akan menghadapi exam. Semoga usaha kita dipandang Allah dan diberikan kejayaan yang setimpal dengan kepayahan yang kita hadapi. Dalam kesempatan ini, diri ini ingin memohon maaf andainya ada kesalahan perbuatan atau kekasaran tutur kata. Jangan lupa doakan kita semua berjaya.
Kita berada di jalan Allah dan berbanggalah kerana kita sebenarnya sedang membantu agamanya!
p/s:harap info ni berguna untuk korang go0d luck!
No comments:
Post a Comment