yAnG AmaT bErHoRmAt

Friday, April 22, 2011

TAHUKAN ANDA kenapa mathematics susah??jom tengok punca-puncanya

kita selalu cakap subjek matematik susah sebab banyak sangat calculation betul tak??dari sekolah rendah sehinggalah kita mendapat pendidikan yang lebih tinggi seperti diploma,degree dan sebagainya..so kat mana je kita nie mesti ada kena mengena dengan math kan...tambah2 lagi kalau kita student engineering macam aku lagi lah kena hadap dengan subjek math<---x suke!baru-baru nie aku final exam so paper first yg aku kena hadap ialah math perghh!<---math lagi.

2jam je jawab mane cukup kan...tapi habis jugak aku jawab cuma x sempat nk semak ermm so kat sini aku nak share ngn korang bace lah


Pemikiran yang negatif

Pelajar-pelajar seringkali menganggap subjek matematik ini susah padahal mereka belum lagi mempelajarinya. Hal ini terjadi akibat daripada pengaruh yang tidak baik daripada ahli keluarga mereka (abang @ kakak) mahupun rakan sebaya. Apabila mereka sudah mengaggap subjek matematik ini susah pada awal permulaan lagi, fikiran mereka sudah menganggap subjek matematik ini susah, bagaimana mereka mahu menguasainya? pemikiran negatif sebeginila yang sepatutnya kita sebagai pelajar buang awal-awal lagi bagi memudahkan kita menguasai subjek matematik ini.

Tidak minat dengan subjek matematik

Inilah ungkapan yang kita seringkali dengar daripada mulut pelajar-pelajar. mereka tidak meminati subjek matematik ini kerana subjek ini dianggap susah dan mereka tidak dapat memahaminya. Apabila para pelajar tidak meminati sesuatu subjek itu, bagaimana mereka ingin menguasai subjek tersebut? Begitu juga dengan subjek matematik, para pelajar perlulah memupuk minat supaya meminati subjek matematik ini supaya apabila sudah wujud atau timbul minat terhadap matematik, kita akan bersungguh-sungguh untuk menguasainya sehingga berjaya.

Kurang latihan (MALAS)

"MALAS" merupakan sifat yang tidak dapat dibuang oleh para pelajar zaman sekarang. Para pelajar malas untuk membuat latihan matematik apabila di rumah dan ini menyebabkan mereka gagal untuk menguasai matematik akibat kekurangan latihan. Latihan yang berterusan amat penting bagi subjek matematik yang melibatkan banyak operasi pengiraan berbanding pembacaan. Subjek matematik memerlukan banyak latihan supaya para pelajar biasa dengan soalan-soalan yang dikemukakan semasa peperiksaan kelak. Apabila para pelajar kurang membuat latihan, mereka pasti akan menghadapi masalah semasa menyelesaikan masalah yang diberikan seterusnya gagal menguasai subjek matematik ini.

Tidak memberikan sepenuh perhatian semasa di dalam kelas

Inilah yang sering berlaku di dalam kelas. Para pelajar tidak memberikan sepenuh perhatian mereka semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Kajian telah dibuat dan menyatakan bahawa proses pembelajaran yang paling berkesan adalah semasa di dalam kelas. Oleh itu,para pelajar mestilah memberikan sepenuh perhatian mereka di dalam kelas dan sekiranya terdapat kemusykilan terhadap apa yang diajarkan, mereka boleh bertanyakan terus kepada guru yang mengajar.

Malu bertanya kepada guru apabila tidak faham

Pelajar-pelajar seringkali mendiamkan diri apabila mereka tidak memahami apa yang diajarkan kepada mereka. Mereka malu untuk bertanya kepada guru apabila tidak faham. Ini kerana mereka menganggap apabila meraka bertanya kepada guru, rakan-rakan mereka pasti akan mentertawakan. Meraka juga malu untuk bertanya kerana menganggap soalan yang ditanya itu senang dan menganggap dirinya "bodoh" dan tidak tahu apa-apa. Ini seringkali terjadi dan seharusnya pelajar-pelajar elakkan dan dibuang jauh-jauh. "Malu bertanya pasti kita akan sesat mencari jalan pulang". itulah ungkapan yang sangat popular dan kita pasti akan menjadi seperti itu sekiranya kita takut untuk bertanya kepada guru masalah yang kita hadapi terutama sekali di dalam pembelajaran matematik di dalam kelas

Tidak menghormati guru yang mengajar

Kebanyakan para pelajar sekarang ini tidak menghormati guru mereka. seharusnya kita mestilah menghormati mereka kerana merekalah yang mendidik kita daripada kita berjaya. Tanpa mereka siapalah kita di dunia ini. Sekiranya kita tidak menghormati mereka, bagaimana kita nak mendapatkan keberkatan daripada ilmu yang telah diajarkan. Disebabkan itulah kita gagal untuk memahami atau menguasai apa yang telah diajarkan kepada kita. Walaupun kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh sekalipun, kita pasti tidak akan berjaya. Oleh itu, hormatilah guru yang mengajar kita supaya ilmu yang kita perolehi diberkati.











2 comments:

Sesopie said...

Math nie kena buat byk latihan. Baru mahir.. Kalau x memeang susah.. Kena rajin sikit.. Kan?

cik tyraa said...

a'ah tu la byk yg cakap cmtu kne wat lthan byk...huhu