PUTRAJAYA 30 Mei – Mulai tahun ini, tempoh pengajian bagi kursus diploma bukan teknikal seperti perdagangan dan hospitaliti di politeknik di seluruh negara akan dipendekkan kepada dua hingga dua tahun setengah berbanding tiga tahun sekarang.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia sebagai salah satu tarikan kepada golongan pelajar untuk memilih institusi berkenaan sebagai alternatif melanjutkan pengajian di mana ia akan dapat menjimatkan masa dan wang mereka.
"Misalnya seperti kursus menjahit, kita berpendapat tak ada keperluan nak belajar menjahit sehingga tiga tahun.
“Lagi lama lagi banyak pelajar itu kena berhutang (untuk menampung kos pengajian). Kita mahu masa itu benar-benar dimanfaatkan,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata, langkah itu dijangka akan dapat meningkatkan jumlah pelajar politeknik dalam bidang-bidang tersebut, sekali gus dapat membantu kerajaan melahirkan lebih ramai tenaga mahir dan mencapai sasaran politeknik bagi melahirkan 490,000 tenaga mahir berdiploma menjelang 2020.
Selain itu beliau berkata, bagi mengarusperdanakan pengajian di politeknik, pihak itu diharap dapat menjalankan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta dalam negara, serta pusat-pusat pengajian di luar negara bagi membolehkan pelajarnya melanjutkan pengajian ke pusat-pusat tersebut. – Bernama
sumber utusan online

No comments:
Post a Comment