yAnG AmaT bErHoRmAt

Friday, June 17, 2011

mereka emosional

salam semua lama betol aku tak update...bukan ape saje tak nak update lagi busy sangat so kadang-kadang tu cuma tengok aje yang mampu hehe..lately ni banyak terima order yan'z homemade apam polkadot...so tajuk entri aku ni berlainan sikit dari yang sebelum ni..saje nak kasi gempak!!!



  • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada samar-samar.
  • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap dibelakang. Ini adalah untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
  • Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan, maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu @ potong stim.
  • Jika seseorang sedang bercakap di depan orang yang sedang sakit perkara sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberi semangat dan harapan.
  • Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya. Faham-faham lah.
  • Jangan bercakap secara berkumam mulut (makanan masih ada dalam mulut)
  • Jangan bercakap mengenai orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang. Senang ceritalah mengumpat, mengata @ menceritakan hal.
  • Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Paling-paling tidak pangillah Pak Cik, Uncle, Encik dll.
  • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak disukainya.
  • Jangan bercakap tentang sesuatu anda sendiri yang tak pasti.
  • Jika bercakap, berilah kepada orang lain bercakap pula, maka giliran kita menjadi pendengar setia.
  • Jika boleh ketika bercakap jangan 'meneran' atau mengayakan mimik muka seperti dalam lakonan. Biarlah percakapan itu bersahaja.
  • Jangan terlalu beremosi ketika bercakap. Contohnya; membulatkan mata, menghentak meja dll.
  • Jangan bercakap secara meniru gaya orang Inggerris, India, China dsb.
  • Jangan sesekali bercakap mengenai perkara lucah atau 18SGX didepan wanita.
  • Jangan sesekali berbisik berdua apabila berada dihadapan ramai orang. 


    kadang-kadang aku tengok manusia zaman sekarang ni suka cakap guna emosi sampaikan kita sendiri tak sedar yang kita ni sedang bercakap dengan sapa???!!come on la weii cakap sampai nak emosional ni tak guna okayyy...nampak sangat kita ni bercakap tak rasional langsung...satu lagi tips penting untuk korang...kalau nak cakap ape pun biarlah berfakta bukan nya sekadar auta semata-mata!!ingat ye kawan-kawan alamak macam upin dan ipin haha...bagi aku lah kan aku ni nampak slow dan pendiam tapi skali orang tunding jari kat aku siaplah 4 hari 4 malam korang makan nasi guna straw hey,aku pun ada hati dan perasaan jugak sekali aku buka mulut korang dah tak boleh nak stop aku bercakap...ayat aku mungkin lebih pedas dari ape yang korang takkan expect tapi ayat berlapik dan penuh dengan sindiran....dengan nada yang begitu rilex skali ha!!orang pun mesti sakit hati kan sebab cakap macam takder perasaan amek la kau

4 comments:

Azlan Hasan said...

haha..btol2..jangan emosi2 espeacially time marah coz normally the mouth acts faster than the brain..hehe :)

Regards,
-Strider-

WuMing said...

Dah Follow Sini…Jengok-jengoklah kat Blog saya pula..http://apa-apapunada.blogspot.com/

dya mohamad said...

think before you act kan?(:

AMMAR YASIR said...

paling tak suka kalau orang potong stim